Kamis, 27 Desember 2012

Download Perisian Animasi 3D




trueSpace: Perisian Animasi 3D Percuma dari Micro


truespace

trueSpace adalah sebuah perisian animasi 3D yang membolehkan anda membina objek, bangunan, lanskap, dan pelbagai lagi kandungan 3D. Kandungan 3D ini boleh digunakan sebagai imej, wayang pendek, simulasi, dan sebagainya. Anda juga boleh letakkan hasil rekaan anda di Virtual Earth.
Perisian 3D seperti ini biasanya dijual pada harga yang mahal, namun baru-baru ini Microsoft telah membeli syarikat tersebut dan mengumumkan bahawa trueSpace boleh dimuat turun secara percuma. Anda boleh dapatkan trueSpace dari laman web Caligari dengan mendaftar terlebih dahulu.
Oleh kerana trueSpace digunakan untuk membuat model dan animasi 3D, ia memerlukan kemampuan komputer yang agak tinggi, terutamanya dari segi RAM dan kad grafik. Jika anda terlibat dalam bidang animasi 3D atau game design, anda pasti akan menyukai trueSpace.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar